Sahabat-Sahabat

Solat Qasar Dan Jamak

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)



2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala

Sumber:http://www.e-solat.gov.my/

sejarah khulafaur rosyidin; abu bakar, umar ibnu khattab, utsman ibnu affan, imam ali ibnu abi tholib kwh

Bidayah wa Nihayah Bidayah wa Nihayah Ferdian Zaman Bidayah wa Nihayah atau Tartib wa Tahdzib karya ibnu Katsir

doa

DOA IFTITAH

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالحَمْدُ للهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً، وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّموَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا، وَمَا أَنَا مِنَ الـمُشْرِكِينَ. إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ، لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذلِكَ أُمِرْتُ وَ أَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ.

Allah Maha Besar sebesar-besarnya, segala pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang. Ku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, daku aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku daripada golongan yang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikianlah aku diperintahkan, dan aku adalah daripada golongan orang-orang Islam.

SURAH AL-FATIHAH

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
1- Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2- Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan semesta alam.
3- Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4- Tuhan yang menguasai hari Pembalasan.
5- Kepada Engkaulah kami sembah, dan kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
6- Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7- Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, dan bukannya
jalan orang-orang yang dimurkai dan sesat.

TASBIH KETIKA RUKUK

سُبْحَانَ رَبِّيَ العَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung dengan sifat kepujian-Nya.

TASBIH KETIKA IKTIDAL

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ

Allah Maha Mendengar sesiapa yang telah memuji-Nya, Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

TASBIH KETIKA SUJUD

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dengan sifat kepujian-Nya.

BACAAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي

Wahai Tuhan, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, tingkatkanlah darjatku, kurniakan rezeki kepadaku, berilah petunjuk kepadaku, kurniakan kesihatan kepadaku, dan maafkanlah kesalahanku

BACAAN KETIKA DUDUK TAHIYYAT AWAL

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ،السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ،وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ.

Segala ucapan selamat yang diberkati beserta selawat yang baik kesemuanya untuk Allah. Salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi beserta rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Salam sejahtera (juga) ke atas kita dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Ya Allah ! Kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad

BACAAN KETIKA DUDUK TAHIYYAT AKHIR

التَّحِيَّاتُ المُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللهِ، اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، فِي العَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

Segala ucapan selamat yang diberkati beserta selawat yang baik kesemuanya untuk Allah. Salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi beserta rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Salam sejahtera (juga) ke atas kita dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah.Ya Allah ! Kurniakanlah kesejahteraan ke atas Muhammad, dan juga ke atas keluarga Muhammad.Sebagaimana yang Engkau telah kurniakan kesejahteraan kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim, berkatilah (juga) Muhammad dan keluarga Muhammad, seperti yang telah Engkau berkati kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi di alam semesta ini.

DOA QUNUT

اللهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِيْ فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، فَـإِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ،وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، فَلَكَ الحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ، وَأَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَ سَلَّمَ.

Ya Allah ! Berilah petunjuk kepadaku sepertimana mereka yang diberikan petunjuk, sihatkanlah daku sepertimana mereka yang Engkau telah sihatkan, perintahkanlah daku sepertimana mereka yang Engkau telah perintahkan, berkatilah daku pada nikmat yang telah Engkau kurniakan, peliharalah daku daripada kejahatan yang telah Engkau tetapkan, maka Engkaulah yang menetapkan hukum dan tidak ditetapkan hukum ke atas-Mu, sesungguhnya tidak menjadi hina orang yang telah muliakan, dan tidak menjadi mulia orang yang telah hinakan, Maha Berkat Tuhan kami lagi Maha Tinggi, bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang telah Engkau tetapkan, aku memohon ampun kepada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu, Segala selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Segala pujian untuk Allah, Tuhan semesta alam.

Ustaz Azhar video