Sahabat-Sahabat

Matikan Autoplay Dalam Windows XP

Fungsi Autoplay dalam Windows XP berfungsi untuk melancarkan satu-satu program dalam CD, USB Drive, atau Hard Disk secara automatik. Namun, kebanyakan virus dan malware telah menggunakan fungsi ini untuk menjangkiti komputer anda, dan membawa pelbagai kerosakan. Ikuti langkah-langkah di bawah bagi mematikan fungsi Autoplay ini:

Matikan Autoplay Menggunakan Group Policy Editor

  1. Pergi kepada Start > Run
  2. Taipkan gpedit.msc dan tekan Enter
  3. Di bahagian kiri Group Policy Editor, pergi kepada Administrative Template > System
  4. Di sebelah kanan Group Policy Editor, cari pilihan ‘Turn Off Autoplay’. Double-click pada pilihan tersebut.
  5. Pilih Enabled dan klik pada butang OK

Jika anda tidak mahu menggunakan gpedit.msc, anda juga boleh menggunakan regedit, seperti di bawah:

Matikan Autoplay Menggunakan Registry Editor

  1. Pergi kepada Start > Run
  2. Taipkan regedit dan tekan Enter
  3. Di bahagian kiri Registry Editor, pergi kepada nilai ini:
    • HKEY_CURRENT_USER
    • Software
    • Microsoft
    • Windows
    • CurrentVersion
    • Policies
    • Explorer
  4. Di sebelah kanan Registry Editor, cari pilihan NoDriveTypeAutoRun. Double-click pada pilihan tersebut
  5. Tukar nilai kepada 91. Pastikan pilihan pada Base adalah Hexadecimal

1 Comment:

madrayecacace said...

joico titanium - www.titanium-arts.com - TITanium-Art.com
TITNIA, India (March 15, 2016) ford titanium ecosport -- TITNIA, India (March 15, 2016) -- titanium exhaust tubing The World's Leading Free Vector infiniti pro rainbow titanium flat iron Art Library babylisspro nano titanium hair dryer provides a babylisspro nano titanium spring curling iron wide variety of

Ustaz Azhar video