Sahabat-Sahabat

Trick Guna Google

Google, semua orang tahu google. Ramai orang menggunakan khidmat “Pakcik Google” ni untuk mencari macam-macam maklumat. Tapi, tahu tak google juga mempunyai pelbagai fungsi yang ramai tidak tahu seperti fungsi kalkulator, menukar kadar matawang, masa di semua tempat di bumi ni dan macam-macam lagi. Dalam entri kali ni aku postkan tentang tips & trick cara-cara menggunakan Google.com search engine macam profesional. Berikut adalah antara fungsi Google yang agak menarik.



Difinition Generator
define:perkataan
contoh: define: phishing

Calculator
Google boleh mengira pelbagai kira-kira, contoh (2×9) + 20 = ?. anda tulis macam ni (2*9)+20. Dan google akan kirakan untuk anda. Google juga tahu pi dan tahun cahaya.

Nak convert matawang?
Google boleh lakukan. Contoh anda nak tukar 2 Dollar ke matawang Ringgit Malaysia.
Cuma taip 2USD to MYR. Menarik kan?

Convert jarak?
Google boleh convert jarak Kilometer ke Meter, Sentimeter, kaki dan sebagainya. Contoh, taip 2 kilometer to feet, akan convert 2KM ke kaki.

Translate Laman Web?
Google boleh translate laman web dari bahasa cina ke English, Spanish dan sebagainya di http://language.google.com

Google tahu masa.
Google boleh bagitau masa di mana-mana pun dalam dunia ni. Contoh taip time in Japan. Google akan paparkan masa terkini di jepun. Boleh juga taip nama Bandar seperti, time in Kuala Lumpur. Tak percaya?, cubalah!

Cari dokumen yang tertentu.
Google boleh mencari sehingga 12 jenis fail seperti Microsoft word, pdf, lotus, postscripts dan lain-lain. Contoh, anda nak cari sesuatu tapi dalam format pdf, contoh taip buat duit filetype:pdf

Search spesifik untuk laman tertentu.
Berguna jika sesebuah laman web itu tidak mempunyai enjin carian sendiri. Contoh anda ingin mencari sesuatu di blogspot.com taip macam ni, buat duit site:blogspot.com. Google akan mencari keyword buat duit di blogspot.com sahaja.

Ramalan cuaca
Google tahu ramalan cuaca sehingga empat hari. Contoh taip, weather Kuala Lumpur.

Phase Search
Selalunya mungkin anda ngin mencari dengan satu perkataan lengkap, contoh anda ingin mencari perkataan belajar adsense, dengan quote taip “belajar adsense”.

Cari gambar MUKA sahaja.
Google boleh carikan anda gambar muka. Contoh anda mencari gambar siti nurhaliza. Selepas search di Address bar anda tambah &imgtype=face. Contoh
http:// images.google.com.my/images?um=1&hl=en&q=siti+nurhaliza&btnG=Search+Images&imgtype=face

Cari Live webcam
taip inurl:view/index.shtml.

0 Comments:

Ustaz Azhar video